Pendaftaran:

1. Pendaftaran Agen adalah PERCUMA dan dibuka kepada semua warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

2. Agen untuk semua produk D'Yom Herbs (Citrus, Kersen, Lamutasa dan Neem).

3. Harga diskaun Agen HANYA akan ditawarkan selepas pendaftaran diluluskan.

4. Proses kelulusan akan dibuat dalam tempoh 5 (lima) hari bekerja.

5. Kelulusan agen tertakluk kepada budi bicara syarikat.

6. Untuk mendaftar, sila klik sini

7. Selepas mendaftar, klik sini untuk memaklumkan anda mahu menjadi agen. 

Harga dan Jualan

1. Harga pasaran produk D'Yom Herbs (Citrus, Kersen, Lamutasa dan Neem) ialah RM156 sebotol.

2. Harga jualan kepada pelanggan terbuka mengikut kesesuaian dan budi bicara agen.

3. Agen dibenarkan membuat pembelian untuk kegunaan sendiri dengan harga diskaun agen.

Proses Pembelian dan Penghantaran

1. Semua urusan pembelian hanya boleh dilakukan melalui laman web rasmi Eco Reichen Enterprise.

2. Agen bertanggungjawab memastikan alamat penghantaran yang betul. Jika ada kesilapan, kami tidak akan bertanggungjawab untuk membuat penghantaran semula kepada pelanggan. (Jika ada, agen perlu membuat pembelian baru untuk dihantar kepada pelanggan).

3. Agen dikehendaki membuat pembayaran menggunakan perkhidmatan SenangPay (pemindahan wang terus Bank di Malaysia seperti Cimb Clicks, Maybank2u, Hong Leong Connect, RHB Now, Public Bank e, Bank Islam dan sebagainya)

4. Penghantaran akan dibuat dalam tempoh 1 -2 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.

5. Maklumat penghantaran akan dihantar kepada agen melalui WhatsApp, Telegram dan/atau e-mel.

6. Penghantaran dibuat menggunakan syarikat perkhidmatan penghantaran yang paling sesuai dan efektif mengikut budi bicara Eco Reichen Enterprise.

7. Sebarang pertanyaan, sila hantar kepada sales@ecoreichen.com

Pemulangan, Penggantian dan Kerosakan

1. Eco Reichen Enterprise HANYA akan memulangkan penggantian kerugian dalam bentuk wang mengikut jumlah kerugian kos pembelian atau menawarkan penggantian produk mengikut nilai pesanan bagi kesilapan menghantar produk (menghantar produk lain tidak seperti dalam pesanan).

 2. Eco Reichen Enterprise tidak bertanggungjawab pada kerosakan barangan yang dihantar akibat kecuaian dan salah laku syarikat perkhidmatan penghantaran. Segala kos kerugian akibat kerosakan selepas barangan diserahkan kepada syarikat perkhidmatan penghantaran tidak lagi menjadi tanggungjawab Eco Reichen Enterprise.